Something About My Love

Something About My Love

Saturday 14 January 2012

MAK... linangan airmataku...



Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah
dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan
lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh
kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Mak. . . 

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita
ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai
kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu!
Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah
jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.
Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain
dengan kawan.

Kalau mase boleh diulang, kte xnak g mane2...
nak dok umah je ngan mak...

Menjelang
usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan
terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis
apabila tahu kita di terima
masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama
kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan
ibu”.

Setelah peristiwe berjauhan ngan mak n abah 
kt UITM Dungun Terengganu 2...kite da xleyh g jauh ngan mak abah...
tolong lh mak...kite nk dekat je ngan mak....

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan
perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat
sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh
darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan
bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden 
". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang
kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak
datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.
Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi
beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar
itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap
ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

makkkkk...kite x akan g jauh dari mak pas kite kawen nty...
walau p0n itu arahan suami..
dye kene terime ape y kite nak..
sebab kite akan bawa mak tinggal ngan kite...
kemane je kite g...kite nak bawa mak n abah...
kite xleyh jauh ngan mak...

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam
kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak
manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa
bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng
berbunyi. Setelah
besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan
berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu
memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu.
Pakaian
dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan
sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di
depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!..

kenapa nak malu berjalan seiringan ngan mak kite sendiri??
Ya Allah ade ke manusia y busuk hati dan melakukan perkare 
sebegitu terhadap maknye??
bagi saya...sy akan rase selamat bile mak n abah ade bersama sy...
mak selalu teman sy pergi mane2..
sy sayang mak..

Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan
penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru
untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus
agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh,
membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis.

mak penah xbeli baju sebab nak anak2 mak pakai baju baru..
sedih xtau nak cakap time 2...
tapi kite akan blaja sampai ke peringakat y tertinggi..
percaye lh mak...kite akan belikan ape je y mak nak..

Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku
pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak
mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan
bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan
cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

ramai kawan2 sy y lupe diri pas masuk ipt..
mereka inginkan kebebasan tnp pengawasan parents mereka..
call parents bile xde duit..
tapi bagi saya, hari x akan bererti tanpe suare mak..
tiap pagi sbelum g class mesti kene call..

Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air
mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.


Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi
seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian
padanya nanti,tapi sudah terlambat.Benar bahawa kasih Ibu kepada
anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas
oleh seorang anak..

Pengorbanan Seorang Ibu

Sedihnye cerite nie...
 tetapi saya  yakin...semua ibu kat dunia sayang kn anaknye...
walaup0n ibu tahu anaknya tidak sempurna..percaye lh... 
Saya sayang sangat Mak dan Abah saya...dan saya pasti  akan membahagiakan mak dan abah pada suatu hari nanati...
 i love mom n dad...



"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAHTELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

Chienta Sofea Writing About Everything

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...