Something About My Love

Something About My Love

Sunday 4 November 2012

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita




Dinner Faculty

Khamis 1 November 2012
8.00 PM. . Tema : baju kebangsaan. .
tema dinner yang paling simple. . kn? . . 
xyah nak fifkir baju ape nak pakai. .



wajib ke dinner malam nieyh?? err. . mood malas. . 
sebab satu hari takda class. . 


my housemate tolong snap. . Excited! haha


My sis. . Nurul Hawa. . 
kami kalau berjumpe. . tak sah tak snap picture. . :)


Siti Zulaiha & Nur Shafiqah


Sedang menikmati makan malam,
tibe2 "DNS2B". .kami menang tempat ke9 dalam sukan. . 
active jugek lh kan. . haha


dan2 nak amek gambar dgn hadiah yang tinggi bebeno nieyh. . 


kami lagi. . haha


Friday 2 November 2012

Satu-satunya adik kesayangan ku

*kisah ini aku terbaca di facebook. . ak juge punyai adik dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk adik aku. . kakak sayang ira sangat2!!~

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil

 duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab,

“Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria...

Sunday 21 October 2012

Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kite


Kite selalu salahkan takdir kalau kite perpisah dengan orang yang kite sayang. . 
salah kite juga sebab terlampau percayakan yang si dia itu adalah jodoh kite. .'

Bile tibe satu mase kite dan orang itu berpisah, baru kite tahu langit 2 tinggi atau rendah. . kadang-kadang kite tak boleh terime yang si dia itu bukan jodoh kite. . tapi ingat lh, satu hari nanti Allah akan berikan jodoh yang tepat untuk kite.. .jodoh yang boleh membimbing kite ke jalan Syurga. . 

Tuesday 16 October 2012

Berikan aku suami yang sempurna. .

pada semua muslimah kat luar sana tu.. yg baca post ni atau pun tidak..nak plih suami, please..... tlg la jgn cari krn rupa paras atau kekayaan semata..

biar la dia tu hitam sekali pun, tp klu agama dia ok.. rajin p surau.. solat mlm lagi.. jgn buang masa, trima jela.. bukan ape, kamu pilih suami sbb nk dipimpin, di bimbing.. bukan nya plih suami sbb nk seronok2..

kalau muka hensem pun, tp...

"awk, x yah pkai tdung la.. nampak kolot jer.. nmpak tua.. cam xsesuai jalan ngan sy lau awk cmtu.. pakai besa2 jer.. tudung tu buang r.. nmpak muda byk.."
ni ke suami idaman anda??

atau kamu nk yg ni...

muka biasa2 je.. sdp mata kamu pandang..
"awk, nk kuar.. ingat tau.. tutup aurat.. tudung, sarung kaki n tangan.. bukan ape, sy nk kita sama2 masuk syurga.. sy nk kita sama2 dpt pahala" ♥♥

muslimah... ingat la.. pilih suami yg soleh.. yg x tentu arah tu, x payah nak layan..

ingat yer... rosak IMAM kamu, kamu sebagau MAKMUM tanggung akibat nya.. :(

PERINGATAN BERSAMA...SILAKAN SHARE :)

Saturday 13 October 2012

Relax petang. .

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

~>> bawak2 la berehat~ :p

Thursday 6 September 2012

Semoga Aku menjadi Seorang Isteri Yang baik kepada suamiku kelak. . amin. .

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau iste

ri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa ;

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah.. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. :/






Monday 3 September 2012

MC for one day

Assalamualaikum. . 

Hari ni serious i'm very2 bored at home. .
Semua my housemate pergi class. .
cerite mula2 macam nieyh. . hr Jumaat 2 kn 31 Ogos 2012, bersamaan hari merdeka. . n kawan2 semua plan nak beraya umah mereka y berada sekitar perak. . 


sehari suntuk memang tak rase pape. . syok sangat beraye umah Khairunnisa, Naqibah Husna, & Natasya. . Bile sampai umah Khalid je waktu petang. . ha time 2 lh rase panas sangat2. . bukan panas kt lua. . rase cam kt dalam badan je. . sampai lh joey marah, dia cakap "kau nieyh tak pernak kena panas ke?" what? umah kite pon kt area cam 2 gak. . but condition badan i yang buat rase tak selesa time 2. . 


Hari sabtu bangun pagi2 tengok ade bende kua cam biji2 n berair. . tapi tak de lah banyak. . hari ahad bangun je tido da tak boleh buka mata. . sebab ade bende tubuh kat kelopak mata. . tunggu sampai lah hari Isnin. . pergi KAMSIS na jumpe M.A. . tapi M.A tak datang. . So pergi lh klinik swasta. . serious rimas gile pakai baju kurung. . kat badan da merenyam je rase. . 


Jumpe plak Doctor hensem ala2 cite hindustan gitu. . bulu mata lentik. . perghh. . menyempat. . tengah sakit pon kn. . doctor 2 said ade virus infection. . huh. . nasib bukan chicken pox. . serious takot. . doctor 2 bagi MC for one day. . tetibe dye ckp na inject ye. . what?? so scary. . n yang paling penting doctor 2 soh g minta kuarantin dari admin untuk dua minggu. . sebab bende nieyh berjangkit. . hm. . melayang lh RM 100 hari nieyh. . abah said "xpe. . yang penting cepat baik". . mak da call berape kali hari nieyh, .risau sangat. . 

Monday 16 April 2012

Syahdu rase

i pegang kate2 u. . 
kate na g uitm?? pegi lh. . i xkisah p0n u. . 

this statement y dye 2lis kt group class. . benci u. . 
xyah na tuju kt org lain lh u. . u 2 kene baik kn hubungan kite dulu. . .

5sem lgi eh kito skels kali.,niy sem 1 nop gaduh dh.,xthu lar 5sem lgi nk jd gnow plop..kito spatut ny angp mcm adk bradk.,bia mok lain pok lain pn.,kito kno hormat smo2 kito....bru amam kelas kito...

Saturday 7 April 2012

Sayang VS Benci

rase sayang da bertukar menjadi benci. . 
ini yang awak nak kan. . okay saya boleh buat lebih dasyat dari apa yang awak da buat kt saya. . 
jangan salah kan saya kalau saya jadi lebih kejam dari yang awak sangka. . .
nampak je luaran cam lembut kn. . 
tapi kalau saya da mula na wushu orangggg. . . Totally changing okay. . 

susah sangat ke na mafkan orang?? da 11 hari x tegur. . bagus lh. . 
bawa dose 2 sampai akhirat. . . 

Wednesday 4 April 2012

Pengalaman Salah Sebut Judul Lagu

Kejadian 1 - Ketika menemuramah @Alan_UNIC minggu lepas, saya ingin nyatakan kepada Alan yang saya cukup menggemari lagu terbaru UNIC ciptaan Bazli. Namun, instead of saying lagu 'Seiring Sehaluan', saya TERsebut Seiring Sejalan! 

Nasib baik Alan buat muka selamba dan terus betulkan saya. (Kalau ikutkan, memang malu sangat masa tu. Tapi nasib baik Alan tak ketawakan saya! huhu.) 

Seiring Sejalan adalah lagu Broery Marantika dengan Sharifah Aini. -Husaini, Munsyeed{Dot}Com



Kejadian 2- Sewaktu kali pertama berjumpa dengan Hisham Ahmad (Ex-Inteam) di USM Penang untuk Konsert Inteam Reunited, dengan 'shy-shy cat', saya tegur, "Abg Syam, sedap la lagu Permata Yang Hilang nyanyian Dehearty." 

Hisham tersenyum dan menjawab, "Permata Yang Hilang itu buku. Lagu kami Permata Yang Dicari." 

Terus saya senyap! Muka merah menahan malu!
(Serius tak tahu Permata Yang Hilang itu judul sebuah buku. Sebab masa itu ingat Permata sahaja." -Husaini, Munsyeed{Dot}Com

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA” kematian

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

Event At my Politeknik Ungku Omar. .



Nervous plak tengok mereka. . bukan ape. . 
3 tahun lagi giliran saya untuk memegang sebuah diploma. . 
excited na sambung degree n na wat master.  .
KAHWIN??
haha. . 2 belakang cerite. . 
prinsip hidup mesty na bagi ma n abah rase kesenangan baru leyh bersuami. . 
Awak mesti sanggup 2nggu sy kn. . huhhu. . 
kite cari duit banyak2 dulu. . 

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau
tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka
yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati 


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari 


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari 


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

Tanda akhir 


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

cari shawl untuk dinner KAMSIS

sy, Nurul Hawe n Syafiqah Arsam g Greentown Mall semalam. . 
Alia Fatin x ikot sebab dye ade class wiring. . 

Kami bertige pon dengan excitednye masuk ke Mall. . 
tapi mule2 mesty lh g mesin ATM. . orang kaye duit PT. . #sy x amek PT ea#
hawe sibuk na beli baju berkabung. . hehe. . baju hitam lh. . 
kami round banyak kali kt kedai2 2. . masuk butique lh. . mmg sume tempat kitorang jelajah. . 
na cari baju yang paling murah n lawa untuk nurul hawe. . 

akhirnye hawe berkenan kat baju yang first dye tangok td. . 
hawe p0n try baju 2. . n dye ade sanggut 1 plastik kt penyangkut baju. . 
pas bayar baju 2 kami p0n beredar untuuk cari shawl. . 
tema sy n ika wane merah. . 
hawe n lia plak purple2 pink cam 2 lh. . 

na beli shawl nie p0n menggedik kat dua kedai. . 
sebab kami xtau na pilih yang mane. . sume santek belake. . 
ade 1 nie santek tp just one color. . 
so kami p0n amek keputusan tok beli pashmina kat kedai lagi 1. . 
harge sepasang RM 25. . tapi kami dapat RM 18. . 
murahkn. .

then kami balik KAMSIS n singgah cafe order mee bandung. . sedap. . 
kami naik bilik n makan sesame. . da habis makan 2 kami p0n teringat 1 plastik bag y kami xnmpk. . 
mule lh jiwe jd kacau. . rase mcm tetinggal kt teksi tp bile fikir cm xde. . 

pukul 6 rushing g GM . .cari plastik 2. . 6.10 mkcik teksi 2 xdtg ag. .
dlm plastik 2 ade inner neck. . total sume RM50. . mmg menangis lh kn lau hilang. . 
nasib Hawe teringat dye ade sangut beg mase try baju. . huhh. . 
6.30 tepat sampy KAMSIS. .
pukul 7 kne g masjid. .letih bukan main ag. . .


Monday 2 April 2012

hari y memenatkan. .

Assalamualaikum. . . . 
penat nye rase badan. . .
cerita ia camnie. . 
ingatkan na balik Ipoh pagi. . so boleh lh g class softskills. . 
udohnye bas plak buat hal. . .
teman p0n sampy ipoh pukul 3 petang. . 
da skip 2 class rini. . 
nok wat gane key. . 

hmm. .letih tahap mgkuk ayam da nieyh. ,

gudnite sume. . ,

wassalam. . .

Saturday 24 March 2012

Rase hati. .

1 hari sdg sy berdiri diatas kapal ,tiba-2 sy 

trfikirkan tntang diri awk ,
lalu sy menitiskan air mata kedlm laut..
kemudian sy berjanji pada diri sy yang
sy tak akn lupakan awk sehingga
ada orang yang trjumpa 

air mata sy yang menitis itu .. 

Aku redha andainya aku dijemput pergi mengadap Ilahi berserta namamu terukir di hati (^_^)
saya xtahu perasaan ape yang sy rase terhadap awak. . tapi ape yang pasti saya xnak kehilangan awak. . 
walaup0n hakikatnye pertemuan kite hanye tinggal 30 hari je lg. . 
pasni awk nak continue study tmpt len. . n sy mungkin dapat transfer poli psis. . 
i hope we'll happy 2gether for 1 month ye cyg. . 
even u xrase ape y sy rase. . 
jika awak betol2 tercipta untuk jd peneman hidop sy. . saya terime dgn haty terbuke. . 
da macam2 saya lalui dalam hidup saya. . 
study kt uitm dungun. . dengan cabaran kawan y bermasalah. . 
dpt result je sy terus down. . 
setahun awak saya kumpul semula semangat saya untuk terus bangkit dan continue my study . .
tetibe saya dapat masuk sini dan jumpe ngan awak. . 
mase 2 saya minta pindah psis xdpat. .
awak pon cakap. . org len berebut na masuk poli nie. .
tapi sy na pindah. .
i just think positif. . 
mungkin ade hikmah disebaliknye. . rezeki saya mungkin  disini. . 
jika ditakdirkan sem 2 nty sy still xdpt pindah. . awak p0n x leyh pndah uitm k. . 
sy percaye dgn ade nye jodoh saya terhadap awk. . 
saya xpernah rase ape y sy rase skrg. . 
even pernah ade lelaki lain dalam hidop sy. . 
tapi ia x sesempurna awak . 
ADAKAH AWAK IMAM MUDA YANG TELAH TERCIPTA UNTUK KU??

Wednesday 21 March 2012

:)

Happy day with Capital M. . 
Saya sayangkn dye kerana Allah. .
Dye adalah ciptaan Allah yang sempurna dimata saya. . 

:)

Tuesday 20 March 2012

will be soon. .

Post Akan datang

-Polibriged. . (khemah)
-Inteam @PUO
-Imam Muda @PUO

(: sorry :)

Semua picture yang ade 
dalam my blog ini 
tidak ade unsur pilih kasih 
atau unsur berat sebelah. . 

saya cume amek picture y ade dalam simpanan 
saya sahaja. . 

segale kesulitan harap dimaafkan. . 

Kamsahamnida. . 

Boring Day

Salam. . 
hari nieyh sume class cancel. . 
boringnyer dok saje dalam bilik. . 
perut lapa. . 
dari pagi x makan. . 
just alas ngan coki2 je. . #mak da bising#
>g mkn nasi skg< huhu. . 

rindu kt mak n abah. . 
rancangannye minggu nie cm nak balik sabak bernam. . 
tapi xsure agy. . sebab tunggu jawapan dari zimah. .
na balik sorang xberani ma. . (:


Dalam keboringan tadi sempat gak edit picture. . 
huhu

Monday 19 March 2012

Capital M

saya xsuke awak. . 
saya dah tawar hati ngan awak. . 
pasni awak xyah lh nak tegur2 saya ea. . xsuke. . / benci u so much!!

Sunday 18 March 2012

One Day as PERMAISURI

Assalamualaikum. . .da lame sangat2 rasenye x update my blog kn. .
nie p0n sebab my sis / Sofiatusshahirah Saliman na tengok sy jadi 
PERMAISURI. . na send by fon mahal sangat. . 
so sy update my picture ok. . 
Teater Musical Tanggang for Mini Project SoftSkills. .

Walaup0n kalah. . kami da buat y terbaik. . 
lihat2 lh ye. .

 Fieya with Arsyad (Tanggang)

 Awww Chak!!~~ haha

 Miaww. . bunyi kucing gedik. . huhu

MyBestfriend. . Atyrah. . Cute kn. . 
 arsyad . . khalid . . fairus
 Bajet je mamat nieyh. . haha
 mybestfreind forever. . syg lh kt Jue Khasnan

 Hida, , byk mulut dye nie. . huhu.
syg hida. 

 Rafie muke cam haram. . lawak3. . (:

 kami lagi. . kakakaka

 Permaisuri y Baik pada rakyat jelatenye. . haha


 nmpk muke x ikhlas kn. . 

 nie Sultan punye girlfrend. . sweetkn dyorg nie. . 

 hahaha. . lawak lh. . 

 Miss Jiggle. . (Arina)

 Sep2 kelate. . demo nie rapat sangat. . 


 Fuyyooo. . .


 Dulu UITM dihatiku. . '
sekarang. . PUO dihatuku. . (cam pelik je.) haha

 cantik x??

 Beta dan anak beta aisyah. . (neesa)
sayang anakanda

Pagi2 bute dah pose kt bilik. . huhu. . 
Sultan & Permaisuri 

okay. . nie last pic. . tapi sebenarnye melambak ag pic. . 

Chienta Sofea Writing About Everything

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...